12 Februari 2010

KESEMPURNAAN SUNNAH......

Dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha mengasihani.....

Kalu kita lihat n hayati makna sunnah merupakan jalan yg di lalui samada terpuji @ tidak...mengikut hadis pula ialah segala yg di pindahkan dari Nabi s.a.w baik yg merupakan perkataan,perbuatan ataupun taqrir,pengajaran,sifat kelakuan dan sejarah hidup....

Berbalik kepada hadis rasulullah s.a.w yg bermaksud"sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara,tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab allah dan sunnah Rasulullah s.a.w...

Kesempurnaan sunnah dapat kita fahami bila ianya menyentuh semua aspek kehidupan manusia sejak dilahirkan hinggalah bertemu kematian..alangkah baiknya sekiranya kita dapat mengamalkan sunnah ini sejak lahir lagi secara istiqamah...

Sunnah juga memandu manusia bagaimana cara sebenar yg di redhai allah s.w.t ketika berada di rumah,di pasar,di masjid,di tepi jalan atau di mana saja...sunnah juga mengajar cara mengadakan hubungan dengan allah dan mewujudkan perhubungan sesama manusia...

Sunnah berdasarkan manhaj yg seimbang dan memudahkan manusia utk menjalani kehidupan di dunia ini.Adalah malang suara2 sumbang dan biadab yg masih meragui sunnah dan menyuntik keraguan yg tidak berasas itu kepada umat islam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan