24 April 2009

Bertolak Ke Program NISA' Iindoor Games Peringkat Nasional Di Selangor

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

INSYAALLAH JAM 11.00 MALAM NANTI ANA BERSAMA PESERTA NISA NEGERI JOHOR AKAN BERTOLAK KE SHAH ALAM UNTUK PROGRAM NISA' INDOOR GAME PUSAT.ANA SEKARANG TENGAH TUNGGU BAS PAK LEMAN SAMPAI NI..LAMANYA,TAK SABAR RASANYA...HI..H..RASA NAK TERBANG JE TERUS KAT SANA..OKLAH

JALAN DULU.DOAKAN KESELAMATAN DAN KEMENANGAN KAMI..


ALLAHUKHBAR!

Sekitar PRU di KT



HMMM...MOTOSIKAL NI BARU BELI!AMACAM LAWA TAK...HEHE GURAU JE!GAMBAR NI DI AMBIL KETIKA PROGRAM NISA' KAT KUALA TERENGGANU PADA PRK KUALA TERENGGANU

Sekitar PRU di KT 2


MCM SRIKANDI TERBILANG!HEHE...PERASANNYE BUDAK SORANG NI...NI KAT PANTAI BATU BURUK GAK!RASE NAK GI LAGI PAH NI INSYAALLAH...

Sekitar PRU di KT 3



HAH!NI GAMBAR ANA BERSAMA DENGAN ADIK TOK GURU NIK AZIZ...

SEBELAH KIRI ANA NI SAHABAT ANA RASHIDAH ADIK KEPADA UST NIK ZAWAWI...MASIH BELAJA DI JORDAN...

DAN YANG BERTUDUNG KUNING TU BONDA KETUA DMPNJ... SENYUM SOKMO DIE HEHE!

Sekitar PRU di KT 4



HAH!NI GAMBAR ANA BERSAMA NGAN AJK DMPNJ..SENYUM SOKMO KAK BAKYAH TU HEHE2...SEBELAH KANAN ANA NI KAK BIBAH...POSSING ABIS!!!

MENGIMBAS KEMBALI KENANGAN KETIKA BERTUGAS DI PRK P036 KUALA TERENGGANU


SUBHANALLAH..SERONOKNYA!LAMA TAK NAIK BASIKAL...

Sekitar PRU di KT 5



DOK POSSING DI PANTAI BATU BURUK HEHE2,SUBHANALLAH CANTIK N NYAMANNYA..NIKMAT ALLAH

Sekitar PRU di KT 6


MENGIMBAS KEMBALI KENANGAN ABADI KETIKA BERTUGAS PRK P036 KUALA TERENGGANU...BERGAMBAR DENGAN 2 ORANG DR MUDA YANG KINI BERTUGAS DI SALAH SEBUAHKLINIK SWASTA DI KUBANG KERIAN KELANTAN

TAZKIRAH JUMAAT....

MEMETIK KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI DALAM IHYA' ULUMUDDIN BAB PERTAMA FATIHATUL ULUM

"SETIAP MANUSIA AKAN HANCUR KECUALI MEREKA YANG BERILMU,YANG BERILMU AKAN HANCUR KECUALI MEREKA YANG BERAMAL,YANG BERAMAL AKAN HANCUR KECUALI MEREKA YANG IKHLAS,YANG IKHLAS PUN MASIH DALAM KEKHUATIRAN YANG MENCENGKAM KERANA ILMU YANG DI PELAJARI"

WALLAHUA'LAM....

21 April 2009

CEPATNYE MASA BERLALU

Bismillahirrahmanirrahim....

Pejam celik,pejam celik tak sangka umurku dah genap 26 tahun hidup kat bumi allah ni,syukur alhamdulillah sebab allah bagi kesempatan untuk aku berjumpa dengan umurku 26 tahun...Masa berlalu begitu pantas tapi amalan makin berkurang...Astagfirullahal azim!Apepun aku akan meneruskan sisa-sisa hidup ini untuk bersama memperjuangkan agama Allah dan Meneuskan Dakwah Rasulullah dan syahid fisabilillah...Itulah yang menjadi cita-cita dan harapanku sebagai seorang Da,i....moge2 Allah memperkenankan cita-citaku itu...Amin!

Salam Perjuangan!

19 April 2009

MENGAPA MUSLIM BIARKAN HATI MATI?

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati.

Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian?daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan?anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*? Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*? Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

16 April 2009

ISLAM ITU SYUMUL

Kesyumulan islam..

kalau kita bandingkan islam yang diamalkan oleh masyarakat sekarang.. nampak sangat jauh perbezaannya dengan apa yang telah dikhabarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah..

islam pada zaman rasulullah dan para sahabat serta salafus soleh dulu sangat-sangat ”pure”.. islamnya suci putih bersih.. tiada satu pun tompok hitam yang mengotori islam itu… tidak seperti sekarang.. islam dicampuradukkan.. apa yang rasa sesuai dengan kita, kita ambil.. yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, kita buang.. islam kita dipandu oleh akal dan nafsu.. bukan wahyu… moga dapat difikir-fikirkan kembali…

islam pada zaman dahulu sangatlah bersih.. malah golongan islam pada waktu tersebut.. sangat-sangat sayangkan islam dan tidak akan membenarkan walau setitik noktah kecil mengotori kesucian islam.. ambil contoh saidina abu bakar.. apabila dia dapat tahu bahawa ada segilintir golongan yang enggan membayar zakat atau mahu mengurangkan bayaran zakat.. dia terus berkata,

“jikalau pada zaman rasulullah masih hidup mereka membayar unta dan talinya, begitu juga sekarang mereka harus membayar unta dan talinya, jika tidak akan aku perangi mereka..”

Abu Bakar amat-amat menyintai islam sehingga sanggup berperang demi menjage kesucian islam itu sendiri..

tetapi kita..

islam terdapat dua pada zaman sekarang.. satu.. islam yang pure.. suci bersih.. dan satu lagi.. islam “patchy-patchy” kata abang zaki.. iaitu islam yang dinodai kesuciannya.. putih bersih sucinya islam itu dikotori dengan tompok-tompok dosa lantaran mengikut nafsu dan akal yang cetek tanpa berpandukan wahyu..
islam yang syumul.. islam yang pure.. sumbernya satu sahaja.. wahyu..

akal berada di bawah wahyu… apa sahaja wahyu suruh dibuat.. akan dilakukan tanpa persoalkannya.. kemudian akar digunakan untuk memikirkan logiknya.. contohnya.. disuruh kita membayar zakat.. kita bayar…. tapi cara bayaran itu ditentukan dengan akal.. lebih kurang begitulah.. pokoknya.. sumbernya hanya satu dan akan hanya ada satu.. iaitu wahyu.. al quran dan as sunnah..

manakala.. islam patchy-patchy pula ialah.. islam yang bersumberkan tiga benda.. wahyu, akal, nafsu.. wahyu tetap menjadi salah satu sumber.. tapi ia dicampuradukkan dengan akal serta nafsu.. mana hukum yg dirasakan sesuai diambil.. mana yg tidak selari dengan akal dan nafsu ditinggalkan.. dengan ini.. hilanglah kemuliaan islam itu sendiri.. ‘izzahnya islam itu lenyap.. tiada lagi warna keserian syariat islam itu..

islam sebagai ad-din tidak lagi boleh dianggap sebagai ad-din.. kerana ad-din itu sendiri bermaksud “way of life” atau “cara hidup”.. tetapi sekiranya kita hanya mengambil sebahagian lalu membuang sebahagian yg laen.. masihkah ianya cara hidup islam?.. mungkin sedikit sahaja.. sebahagian lagi.. cara hidup barat… kafir.. bukan lagi islam.. islam addinul haq.. islam itu agama yg benar.. agama kebenaran.. dan lafaz ad-din itu merangkumi seluruh aspek kehidupan.. tidak boleh diambil sebahagian dan dibuang sebahagian.. seperti mana yang disuruh oleh Allah dalam firmanNya:

”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (keseluruhannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
( Surah al-Baqarah [2]:208 )

islam ini.. asasnya ad-din.. kemudian atasnya segala syariat.. yang kita lihat hari ini.. syariat diamalkan mengikut nafsu dan akal.. syariat yang asal dibuang.. syariat baru ditambah-tambah sendiri.. direka kemudian diamalkan tanpa berpandukan wahyu..

permasalahan umat zaman sekarang ialah kekeliruan akidah.. akidah yang tidak jelas.. kita boleh nak salahkan sistem.. mungkin sistem hari ini mendidik kita secara barat… dunia ini penuh hiburan.. ideologi “hedonisme” bermaharajalela.. hidup berfoya-foya.. kehidupan hanya untuk bersuka ria.. bergembira.. sumenya hasil titik peluh barat yang berusaha secara halus.. menekan, menikam dan berperang dengan muslim secara halus.. peperangan fikiran..

barat.. yahudi.. kafir.. suatu masa dahulu amat menggeruni islam.. islam pernah menakluki 2/3 dunia.. askar islam ketika di zaman kegemilangannya amat-amat berbeza dari kita.. mereka bagaikan singa yang gagah perkasa.. tidak takut mati.. malah impikan syahid.. namun.. remaja sekarang.. tokoh besar islam mengatakan.. remaja masa kini bagaikan anak-anak singa yg dijinakkan menjadi kijang..

kita yg pada suatu masa merupakan singa gagah yg simboliknya ketua rimba.. digeruni.. tetapi sekarang.. sekadar kijang.. kijang yg menjadi buruan…
kafir laknatullah.. sebelum mendapat idea untuk menyerang muslim melalui serangan fikiran.. mereka sudah berhempas pulas memerangi islam secara fizikal.. tentera islam terlampau kuat.. sumenya hanya kerana islam ada di dalam dada.. islam sebahagian dari jiwa.. islam tersemat di hati.. islam bukan sekadar ilmu.. islam itu hidup sebagai diri.. islam yg syumul.. islam yg suci bersih dan diamalkan secara menyeluruh.. ke’izzahan islam itu terselah.. kemuliannya disanjung.. tingginya islam dengan jatuhnya kuffar.. tidak seiring dan bersame dengan kenaikan kuffar.. naiknya islam itu dengan jatuhnya kuffar.. tidak selari tidak juga seiring.. malah bertentangan..

kalau disingkap sejarah lama.. sejarah sirah kita.. kedatangan porugis ke sini.. ke tanah melayu pada awal sejarah melayu dahulu.. bukanlah seperti mana yg diceritakan dalam buku sejarah kita.. kita bukan ditipu… cuma kita akan tertipu sekiranya hanya jumud, rigid dalam berfikir.. luaskan pemikiran.. mungkin ada benarnya mereka datang untuk berdagang.. tetapi perlukah datangnya saudagar yang ingin berdagang bersama kelengkapan perang.. perlukan layar besar kapal tertera salib yang amat besar.. mengapa setelah habis berdagang tidak meninggalkan tanah melayu.. mengapa perlu dibina kubu a’famosa di melaka.. ape tujuan sumenya?.. berdagang?.. jauh skali… mereka telah disematkan misi membuang al-Quran dari dalam jiwa islam.. membuang al-Furqan dari hati.. menjauhkan nur islam dalam jiwa..

ingin berfikir lagik?.. fikirkan.. mengapakah.. abdul rahman limbong.. orang yang amat berpengaruh agamanya.. mempunyai banyak pengikut.. anak murid beratus-ratus malah mencecah ribuan.. orang seperti ini.. dengan ilmu di dada.. sanggup berperang hanya kerana cukai?.. logikkah?.. atau ada sesuatu yang lain yang dinampak.. apakah yang dilihat oleh para pejuang terdahulu.. tok janggut.. dan lain-lainnya.. mereka dibunuh.. diseksa.. malah.. tok janggut.. orang sehebat ini mengerahkan anak-anak muridnya menentang golongan kuffar ini..

balasannya.. syahid menegakkan agama Allah.. dia disalib secare terbalik.. di bawa keliling pekan.. pusing satu bandar.. kemudian diikat di tepi sungai.. dibiarkan di situ.. menjadi tontonan akan balasan orang menentang.. kaburnya masyarakat dulu tentang pahala syahid..

setelah sedikit demi sedikit tanah melayu berjaya ditawan.. sekarang tiba masa memasukkan unsur barat.. hiburan.. membuang al-Quran dari dalam jiwa.. mengapa tanah melayu menjadi sasaran?.. semuanya kerana satu.. tanah melayu pada ketika itu.. negara wilayah islam yg paling jauh dari pusatnya… pusat islam pada ketika itu ialah di turki.. malahan.. dikhabarkan tanah melayu telah meminta bala bantuan ketenteraan dari turki.. dan dihantarnya kapal ke tanah melayu.. namun ditakdirkan kapal-kapal tersebut karam di tengah perjalanan.. semakin lama.. tanah melayu semakin rosak.. islam hanya diamalkan di kampung-kampung.. di pedalam-pedalaman.. malahan.. lama kelamaan.. kampuang juga terkena biasan sistem barat ini..

manusia hanya melihat dengan mata kasar.. bagi mereka.. sistem barat memberi nikmat lebih dari apa yang islam berikan.. mungkin benar jika dilihat dgn mata kasar.. sistem barat menjadikan kita kaya raya.. bijak pandai.. namun.. jika dilihat dgn mata hati… pastinya.. islam itu lebih hebat.. malah.. jauh lebih hebat.. moga ‘izzahnya islam itu kembali menyinar.. insyaAllah..

islam perlu diamalkn sepenuh masa.. supaye ‘izzahnyer dapat dilihat oleh orang ramai.. lalu timbul rasa hati ingin mengetahui.. lalu dengan hidayah Allah.. pastinya naluri akan tertarik pada yg benar.. pada yg aman.. yag harmoni.. insyaAllah.. islam itu fitrah.. mengamalkan islam sepenuh masa adalah tanggungjawab kita.. islam itu cara hidup.. keseluruhannya.. jangan me”liberal”kan islam.. islam bukan hanya pada hari raya.. bukan hanya ketika ramdhan.. islam jugak bukan sekadar di dalam masjid.. ketika majlis perkahwinan.. tidak.. tidak sekali-kali.. islam itu menyeluruh.. islam itu syumul.. kita harus jadikan islam itu cara hidup.. sepenuh masa kita hidup berlandaskan islam.. insyaAllah..

semoga kita dapat saling memperingati.. mencari redha ilahi.. hanya dengan redhaNya barulah kita dapat masuk ke dalam syurgaNya yang hakiki.. syurga yang nikmatnya tidak terkata.. subhanAllah..

KEPULANGANKU DARI BUKIT GANTANG

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

ALHAMDULILLAH TARIKH 7HB APRIL YANG LEPAS,SEHINGGALAH JAM 5.00 PETANG AKU TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN AMANAH YANG DI BERIKAN DI BUKIT GANTANG SEBAGAI SALAH SEORANG PETUGAS DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR..SELAMA 20 HARI AKU DI SANA BAYAK PENGALAMAN YANG AKU DAPAT....INSYAALLAH PENGALAMAN2KU AKAN AKU KONGSI BERSAMA SAHABAT2 DI JOHOR.ANTARA PROGRAM YANG DEWAN MUSLIMAT HANDLE DI SANA ADALAH DEMONTRASI MASAKAN SOTO JOHOR,DEMONSTARASI MASAKAN LAKSA JOHOR DAN SUKANEKA RAKYAT..ALHAMDULILLAH SAMBUTAN AMAT MENGGALAKKAN

SEMASA HARI MENGUNDI AKU TELAH DITUGASKAN MENJAGA PONDOK PANAS BAHAGIAN IT DI SEK CINA SIMPANG BARU/LAMA(MENYEMAK DAFTAR PEMILIH) BERSAMA 3 ORANG SAHABATKU ANTARANYA ADALAH ADIK2 NISA' UTM..AKU AMAT TERTARIK DENGAN PENGUNDI CINA DAN INDIA YANG BEGITU RAMAH MERAYU UNDI UNTUK PAS..ADA YANG BERPAKAIAN T.SHIRT GAMBAR TOK GURU+BERKOPIAH SUBHANALLAH...

ALHAMDULILLAH DENGAN PERTOLONGAN DARI ALLAH PAKATAN RAKYAT TELAH MENDAPAT KEMENANGAN DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU ALLAHUAKHBAR!