7 April 2010

najib ulangi janji mulus d prk hulu selangor

JANJI ilusi Najib mahu menyedarkan semua pengundi Hulu Selangor dari tidur lena. Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib buat seribu janji CEPUMAS kepada semua pengundi Hulu Selangor supaya percaya pengumuman dari Lampu Aladdin BN bahawa projek beratus juta akan diberikan kepada rakyat Hulu Selangor. Mahu masjid ada. Mahu sekolah ada. Bantuan orang Asli ada.


Seperti biasa, TV3 kumpulkan ‘3 bangsa dalam 1 BN’. Melayu, Cina dan India. Bercakap serentak, "Ohhhh bagus punya UMNO, boleh bikin 3bangsa dalam 1BN. Semua projek PRU13 baru boleh bikin".

Terlalu mendambakan 1Malaysia sehingga iklan-iklan komersial juga dimestikan mengikut piawaian 1Malaysia, mesti ada Cina, Melayu dan India. Hebat penangan slogan Najib 1Malaysia.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh? Penanti? Berjuta projek Najib sudah berjanji, hingga sekarang belum buat lagi. Di Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang Negeri Sembilan BN menang, mana janji mu? Tunggu dulu kerana ekonomi Kerajaan BN merundum.

Shafie Apdal tabur janji, umumkan projek berpuluh juta ringgit di Hulu Selangor. Boleh percayakah Kerajaan BN ada duit? Selesai PRK semua projek akan ditunda sekali lagi, kira-kira dekat PRU13 nanti buat janji lagi. Tipah tertipu lagi. 53 tahun sudah kita pelajari taktik UMNO/PERIKATAN/BN buat janji sebagai pemanis mulut, seperti yang diajar dalam kursus untuk Putera Puteri UMNO.

UMNO memang cukup sinonim dengan episode ‘janji manismu’. Atau mungkin juga janji-janji tidak dapat dikotakan kerana pengundi tetap menghadiahkan undi keramat mereka kepada calon Pakatan Rakyat. Itu pasal UMNO ‘pura-pura’ lupa dengan apa yang mereka telah janjikan kepada setiap pengundi sebelum itu.

Tidakkan UMNO tidak sedar lagi bahawa rakyat sudah lama tersedar dari lena yang panjang. Rakyat sudah tidak makan lagi pujuk rayu dari pihak UMNO. Lihat sahaja pada pilihanraya kecil sebelum ini, cuma dua kerusi sahaja yang mampu UMNO/BN pertahankan, yang lain apa cerita? Sehinggakan, kerusi UMNO di Kuala Terengganu sekali pun telah rakyat Kuala Terengganu serahkan kepada Pakatan Rakyat. Masih belum sedarkah lagi warga UMNO ini?

Kini, epilog taburan janji dan ‘pelukan mesra serta tegur-sapa’ pemimpin UMNO dilihat berlumba-lumba mewarnai pengundi-pengundi di Hulu Selangor. Pelbagai janji muluk dan indah didambakan kepada rakyat Hulu Selangor.

Kita mahu lihat, apakah janji-janji ini hanya sekadar tinggal janji selepas PRK di Hulu Selangor nanti? Atau mungkinkah drama-drama bersiri UMNO ini akan berakhir seperti sejarah terdahulu? Wallahu’alam bisawab, hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.

Para pemimpin UMNO lebih angkuh lagi kalau menang dalam PRK Hulu Selangor. Seperti angkuhnya mereka dalam tahun 2004 mereka hampir SAPU HABIS kerusi Dewan Rakyat. Ketika itu majoriti orang muda yang baru berusia 18 tahun, kini sudah 20-an mereka tukar Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat pada 2008. Kerana halatuju Pakatan Rakyat sejajar dengan aspirasi angkatan muda pada masa kini.

Hari ini, UMNO masih meneruskan monolog mereka demi suatu kenyataan yang amat perih untuk mereka terima. Maka kerana itulah mereka mengutilisasikan kuasa ditangan mereka untuk menggunakan segala kesempatan dan ruang yang ada untuk memperdayakan rakyat Malaysia.

Selamat mencuba dan terus mencuba, cakap berdegar-degar pun tiada manfaatnya, kita tunggu dan lihat sahaja PRK Hulu Selangor nanti atau cabaran yang lebih mencabar lagi ialah pada PRU13 kelak. ‘We’ll see how it goes does.’

Kalau Najib benar-benar mahu tolong rakyat, kenapa tidak tawarkan sahaja setiap rakyat Hulu Selangor SAHAM percuma Petronas secara tunai bukan selepas PRK Hulu Selangor ia akan ‘dipertimbangkan’. Kalau Kerajaan BN benar-benar serius, kenapa tidak bagi sekarang sijil SAHAM PERCUMA petronas kepada setiap pengundi Hulu Selangor?

Kesimpulannya pengundi seperti biasa dijanjikan bintang, bulan, lautan emas dan apa sahaja yang bunyinya 'muluk-muluk', walhasil balik asal. Selepas 'lalu jambatan, tongkat dibuang', biasanya yang sudah berlalu jadi contoh. Para pemimpin UMNO/BN tidak komited dengan janjinya kepada rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Penanti, Bagan Pinang dan Batang Air Sarawak. Selesai bicara PRK perkara projek pembangunan belakang kira.SabahKini