31 Julai 2009

sifat seseorang islam!

DARIPADA ABDULLAH IBNU UMAR r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"ORANG ISLAM BERSAUDARA KEPADA ORANG ISLAM YANG LAIN,IA TIDAK MENZALIMINYA DAN TIDAK MENDEDAHKANNYA KEPADA KEBINASAAN.SIAPA YANG MENOLONG HAJATNYA,DAN SIAPA YANG MELEPASKAN KEDUKAAN SESEORANG ISLAM,ALLAH AKAN MELEPASKANNYA DARIPADA KEDUKAAN PADA HARI KIAMAT,SIAPA YANG MENUTUP KEAIBAN SEORANG ISLAM,ALLAH AKAN MENUTUP KEAIBANNYA PADA HARI QIAMAT"(RIWAYAT BUKHARI,MUSLIM& ABU DAUD)


*Muslim sebenar ialah mukmin yang sanggup menganggap seorang islam yg lain itu sebagai saudara kandungnya.Bentuk hubungan itu adalah sangat kuat,tiada pengkhianatan dan kezaliman,hasil drpd iman yg telah menguasai gerak geri & tingkahlaku seseorang itu untuk mendapatkan keredhaan allah


*Menolong hajat saudara bermaksud berusaha dan bekerjasama untuk kepentingan saudaranya.Mereka yg berusaha sedaya upaya untuk orang lain akan mendapat balasan baikdari Allah


* Melepaskan kesusahan dan kedukaan saudaranya bermaksud berusaha dengan seadaya upaya untuk memberikan kesenangan dan kegembiraan antara sesama muslim


*Keaiban,keburukan dan kejahatan samada kecil atau besar yang dilakukan oleh saudara kita,hendaklah disembunyikan dan tidak dihebahkan

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM HAMDAN ABD RAHMAN(ADUN PRMTG PASIR)




KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.
Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.
Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.
Harakhadaily dimaklumkan, jenazah Allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.
Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.
AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.
"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya.
TERKINI!!!!!Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah Allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani Allahyarham di IJN. Menurut salah seorang anak allahyarham, Dr Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya Allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.
"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk Allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini Allahyarham menghembuskan nafasnya, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.
Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.
Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.
"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.
"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.
Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.
"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau./wann _
-->

27 Julai 2009

Siapa berniat jahat?

Himpunan sebelum dan selepas Zohor, 1 Ogos ini: Siapa berniat jahat?

PELIK juga memikirkan tindak-tanduk sebuah pertubuhan NGO pro-ISA, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk mengadakan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Sabtu, 1 Ogos ini.

Bukan menjadi satu kesalahan untuk berdemonstrasi dan berarak secara aman bagi menyokong ISA. Sokonglah, kalau itu difikirkan wajar. Tetapi sengaja mengadakan perhimpunan pro-ISA di hari yang sama perhimpunan anti-ISA diadakan sebenarnya boleh menimbulkan kejadian dan insiden tidak perlu.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengumumkan cadangannya secara rasmi pada 22 Jun lalu untuk mengadakan perhimpunan Mansuhkan ISA (Mansuh) di ibu negara bertujuan menyerahkan memorandum ke pejabat Yang Dipertuan Agong.
Manakala Pewaris yang mendakwa mewakili sepuluh NGO Melayu yang lain menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan menyokong ISA pada tarikh dan tempat yang sama hanya pada petang 21 Julai - hampir sebulan setelah GMI menyatakan hasrat mereka. Antara yang bakal menyertai perhimpunan pro-ISA Pewaris adalah sebuah pertubuhan silat!

GMI bersama 83 NGO lain (termasuk Pemuda Gerakan) akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dengan berpakaian hitam dan merah ke Istana Negara.

Manakala Pewaris dengan 10 NGO Melayu dan ahli-ahli Silat Lincah akan berada di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, demonstran pro-ISA yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok bersebelahan Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

Tidak diketahui sama ada kedua-dua kumpulan, anti-ISA yang berhimpun selepas solat Zohor, dan pro-ISA yang berhimpun sebelum solat Zohor akan bertembung di pintu Istana Negara. Bagaimanapun kemungkinan besar himpunan pro-ISA yang telahpun berarak pada jam 11 pagi akan mengakhiri perhimpunan mereka sebelum solat Zohor bagi memberi kesempatan kepada ahli-ahlinya yang kesemuanya Melayu-Islam untuk menunaikan solat Zohor!

Sehubungan itu, kita yakin tidak berlaku pertembungan antara dua kumpulan ini di hadapan Istana Negara kelak.

Bagaimanapun kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dato' Ibrahim Ali bahawa demonstrasi anti-ISA anjuran GMI dan pro-ISA anjuran Pewaris pada tarikh dan tempat yang sama (walaupun masa yang berlainan) bakal "menimbulkan huru-hara" patut diambil perhatian serius pihak keselamatan.

Jika Ibrahim Ali yang juga penggerak utama demonstrasi pro-ISA itu tidak boleh menjamin perhimpunan yang bakal diadakan berjalan secara aman, Pewaris tidak sepatutnya dibenarkan berhimpunan pada tarikh itu.

Selaku pemimpin - tidak kira sekecil manapun bilangan yang dipimpin - Ibrahim perlu bertanggung jawab. Wajar baginya membatalkan sahaja cadangannya untuk berhimpun kerana beliau tidak mampu mengawal anak-anak buahnya daripada bertindak ganas dan melakukan provokasi.

Ramalan Ibrahim bahawa dua perhimpunan itu boleh "menimbulkan huru-hara" adalah berniat jahat dan mendedahkan niat sebenar perhimpunan pro-ISA itu dilaksanakan.

Ibrahim dalam kenyataannya berkata Perkasa dan NGO Melayu lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara."

Malah beliau mengugut akan meneruskan perhimpunan pro-ISA itu jika Himpunan Mansuh yang digerakkan GMI tidak dibatalkan dan pihak polis tidak mengambil tindakan tegas.

"Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.
"Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Jelaslah apa sebenarnya yang terkandung dalam benak hati Ibrahim, Pewaris dan Perkasa yang dipimpinnya. Tujuan perhimpunan pro-ISA itu diadakan adalah untuk menimbulkan huru-hara atau paling tidak dijadikan alasan oleh pihak polis untuk menghalang sebarang bentuk perhimpunan 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.

Pastinya Ibrahim sendiri bukanlah contoh terbaik untuk diikuti. Beberapa perhimpunan yang disertai olehnya termasuk dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan pada 1978 berakhir dengan huru-hara.

Ianya berbeza dengan perhimpunan aman yang dianjurkan masyarakat sivil negara seperti perhimpunan Bersih pada 2008 apabila 100,000 rakyat berhimpun di ibu kota dengan berbaju kuning.

Perhimpunan Bersih dan Mansuhkan PPSMI beberapa bulan lalu berjalan dengan aman dan berakhir dengan aman. Jika adapun kekecohan, ia disebabkan tindakan FRU menembak gas pemedih mata kepada mereka yang berhimpun. Tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera dan tiada harta awam yang rosak binasa dalam dua perhimpunan itu.

Ia tidak seperti beberapa perhimpunan yang dianjurkan Ibrahim Ali di Kota Bharu sehingga mendorong Kerajaan Pusat mengisytiharkan Mageran di negeri itu.

Walaupun Ibrahim dan kelompok ultra-Melayu pimpinannya berusaha menggagalkan himpunan Mansuh, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan itu.

Malah lebih seribu petugas Unit Amal telah dikerah bagi mengawal keselamatan dan peserta Himpunan Mansuh bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Himpunan Mansuh juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak antaranya Pemuda Gerakan, parti gabungan BN.

Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilapor melarang Pemuda Umno daripada terlibat dalam perhimpunan pro-ISA yang dianjurkan Pewaris menyebabkan Ibrahim 'naik angin'.

Untuk pengetahuan, tanggal 1 Ogos 2009 dipilih sebagai tarikh himpunan Mansuh sempena 49 tahun ISA digubal. - tajdid

22 Julai 2009

Masya-Allah

Jom Basmi Kopi Palsu Master Radix

Written by duniaherbahpa on Jul 6th, 2009 Filed under: Info Terkini HPA

Kita menerima tamparan yang lebih hebat kali ini apabila peniaga yang menjual kopi radix palsu jenama “Master Radix” bertindak lebih berani dengan menjual kopi palsu mereka secara terang-terangan di pasar malam. Malah lebih teruk lagi ialah kerana mereka membuat fitnah dan pembohongan terhadap syarikat HPA. Berikut ialah berita yang diperolehi dari blog GM Alwahida:

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononnya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.

Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini, beberapa langkah akan di ambil segera.

1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA). Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

Lokasi Batu Kurau: “Semakin berani” “buat promosi lagi” , siap “ADA BAJU SERAGAM” sendiri.

AYUH WARGA HPA SEKELIAN. SEKIRANYA ANDA TERJUMPA PRODUK MASTER RADIX DI WARUNG ATAU KEDAI RUNCIT BERKATA KEPADA MEREKA BAHAWA INI PRODUK PALSU.

Anda boleh baca cerita penuh disini: http://pjskpu2.blogspot.com/2009/07/tahniah-buat-pejuang-hpa-di-batu-kurau.html

Kami menyeru kepada semua ahli HPA yang mempunyai blog dan website sendiri agar menghebahkan berita penting ini dalam blog anda.

Sebarkan juga kepada rakan niaga anda melalui emel, yahoogroup atau googlegroup. Semoga kegiatan menjual kopi palsu ini akan dapat dihapuskan.

Jom Gempur!

20 Julai 2009

BARAKALLHUFIK WA USRATI

Bismillahirrahmanirrahim...
Ingin ku ceritakan sedikit di sini tentang seorang insan yg banyak mengajar aku tentang sebuah kehidupan..Beliau juga banyak memberi kata2 yang berbentuk nasihat,pengajaran,tazkirah dan lainnye.sifat beliau yg bersederhana dan ramah dalam kehidupan membuatkan ramai insan tertarik dengan nya termasuklah aku..semangatnya dalam memperjuangkan produk halal khususnya membuatkan diriku begitu kuat untuk menjadi sepertinya.Alhamdulillah dengan pertolongan dari allah dan sedikit kekuatan akhirnya berjaya gak untuk aku membuka kedai walaupun hanya secara kecil-kecilan..Kepada yang empunya diri syukran kathir ana ucapkan moge dirimu berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan insyaallah...


KUALA LUMPUR, 17 Julai - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan."Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini."Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara."Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik."Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.Udara yang selama ini disedut oleh pimpinan Pakatan Rakyat akhirnya disedut oleh Pak Lah dan senada dan seiring mahukan ISA dimansuhkan. PAS sudah lama mahukan ianya dimansuhkan, apatah lagi kajian demi kajian dilakukan oleh pihak PAS sendiri terhadap ISA dari perspektif Islam itu sendiri.Sesungguhnya seruan dakwah ini tidak akan terhenti. Akhirnya ianya terbukti ianya semakin diterima oleh pimpinan UMNO. Juga berkenaan dengan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas. Jangan ianya diberhentikan dan InsyaAllah jika tidak hari ini, mungkin esok atau akan datang ianya semakin diterima. Ini setelah berlaku kepincangan sistem sekular dan kapitalis menguruskan sesebuah negara, dan akhirnya manusia akan kembali kepada fitrah mereka sendiri.Harapnya Pak Lah akan menyertai juga Himpunan Memansuhkan ISA 1 Ogos ini, bagi menyokong apa yang dikatakan!
Antara artikel ISA dalam blog ini:

19 Julai 2009

MERAIH KASIH ALLAH DAN SAYANG MANUSIA


Agak sulit juga untuk mencari formula ataupun kaedah amalan yg boleh menyebabkan Allah S.W.T sayang terhadap seseorang dan dalam masa yg sama manusia juga sayang kepadanya.Lazimnya jika Allah S.W.T sayang kepada kepada seseorang,maka dalam waktu yang sama ada manusia yg membencinya.Demikianlah pula sebaliknya apabila manusia menyanjung seseorang,namun belum pasti Allah meredhainya..


Seseorang yg ingin popular di kalangan manusia,kadang kala mereka banyak tunduk kepada kemahuan dan desakan orang ramai,sedangkan pandangan dan desakan orang ramai tidak semestinya berasaskan kebenaran...

17 Julai 2009

Kenangan di prk n41 Manik Urai



gambar abe uji ketika di pogram bersama beliawanis


program bersama beliawanis latar rek

sempat gak promote minyak but2 hehe




Kenangan bersama di rumah keluarga angkat di kg chatel damai latar rek..

Bergambar bersama pengundi(tok ayah)walaupun usianya hampir di penghujung hayat namun perjuangan untuk islam sgt kuat...allahuakhbar!


subhanallah! inilah salah sebuah rumah pengundi di kg jelkis dalam latar rek....


Bersama pengundi(mok sah) kutip durian kat kebun hehe2!Turut sama muslimat rantau panjang(kak idah)n Ibunda tersayang muslimat johor(mak bedah)




Bersama sahabat nisa' kelantan(Najiha)walaupun sibuk kami sentiasa makan bejamaah...turut kelihatan muslimat pasir mas...cayok najih!hehe2


gamba ketika program bacaan yassin dan ceramah kelompok di chatel damai latar rek


gambar bersama pengundi manik urai...pok su m mok su..

DI AIR TERJUN LATAR REK

gambar ini diambil ketika program bersama beliawanis di lata rek m.urai..kelihatan bersama adalah yb.zailah dan renggo(arrow)

16 Julai 2009

KENANGAN DI PRK N41 MANIK URAI


ALAHAMDULILLAH MASIH ADA LAGI!

Bismillahirrahmanirrahim....

Kepada semua sahabat blog ana minta maaf banyok deh lame rase tak update blog.Almaklumlah sibuk cikit ngan kerje2 dunia...masyaallah!jam 2.30 pagi tadi ana baru je balik dari manik urai ats kerje2 yang diamanahkan ..alhamdulillah syukur pd allah sebab ana dapat selesaikan tugas dan amanah yg di berikan..10 hari ana di manik urai banyak kenangan manis dan pahit yang ana terima,2lah yg di katakan pahit manis dalam perjuangan!N41 MANIK URAI Alhamdulillah PAS telah mengekalkan kerusinya walaupun hanya dengan majoriti yg kcil...Allahuakhbar!