8 Mei 2009

Kewajipan Menuntut Ilmu

Kewajipan menuntut ilmu agama adalah kewajipan semua muslim dan muslimah yg telah baligh
dan berakal (mukallaf). Ini jelas dari hadis:


Maksudnya: Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada org Islam lelaki dan
perempuan."(Hr Ibnu Adi dan Baihaqi)
Mengajar agama wanita dan anak-anak adalah satu kewajipan orang Islam yang berilmu. Ini jelas
dari suruhan Nabi s.a.w:


"Baliklah kamu ke pangkuan anak isteri kamu. Ajarlah mereka cara beribadat dan solatlah
bersama mereka" (Hr Bukhari dan Muslim)
Malahan Nabi s.a.w memenuhi permintaan wanita untuk mengadakn pengajian yang khusus bagi
mereka. Ini jelas dari hadis riwayat Abi Saiid al-Khudri yg berikut:


"suatu hari seorang wanita datang berjumpa baginda s.a.w lalu berkata "Orang lelaki mendapat
hadis daripada mu. Oleh kerana demikian kami nak minta supaya diperuntukkan hari untuk kamu
mengajar kami daripada Ilmu yang telah Allah ajar padamu." Nabi s.a.w menjawab

"Berhimpunlah kamu semua pada hari sekian-sekian dan ditempat sekian-sekian." Maka para
wanita berhimpun pada hari dan tempat yang telah ditetapkan lalu Nabi s.a.w datang mengajar
mereka."(Hr Bukhari dan Muslim)


Daripada hadis ini kita dapat ambil:-

1. Kesungguhan dan rasa cemburu dalam menuntut Ilmu.
2. Membuat pengajian khusus untuk wanita.
3 Kepentingan dan kewajipan menuntut ilmu agama bagi Wanita.

Wanita hendaklah bersungguh-sungguh menuntut ilmu serta tidak segan silu atau malas untuk
bertanya tentang perihal agama mereka kepada orang yang alim. Hadis dibawah menunjukkan
kepada yang demikian:-


"Suatu ketika Ummu Sulaim datang berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata "Sesungguhnya Allah tidak
malu untuk menyatakan kebenaran . Adakah wanita wajib mandi jika dia bermimpi ?" Nabi s.a.w
kate "Ya, jika dia melihat ada air mani."(Hr Bukhari)


Menuntut ilmu hendaklah dengan perlulah pergi ke majlis ilmu dan tidak cukup sekadar
membaca atau melayari internet. Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar"

Ulama berkata "Sesungguhnya ilmu itu hanya diambil dari mulut-mulut para ulama (maksudnya
kena pergi sendiri majlis ilmu). Nabi s.a.w pun pergi sendiri menuntut ilmu dengan gurunya Jibril
di gua hira. Jadi mengapakah anda malas untuk pergi majlis Ilmu?? Majlis ilmu adalah taman
syurga seperti yang disebut dalam hadis Sohih.
Ilmu yang wajib dituntut setiap manusia adalah Ilmu Fekah, tauhid dan tasauf.

Rujukan Riadus Solihat oleh Badawi Mahmud syekih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan