29 Mac 2009

Berangkat Ke Bukit Gantang!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Insyaallah malam ni jam 10.45 mlm ana bersama seorang sahabat nisa' akan berangkat ke bukit gantang bagi menolong gerak kerja pilihanraya p059 bukit gantang..Kepada sahabat-sahabat di harap dapat mendoakan keselamatan ana dan sahabat....

Doakan kemenangan untuk islam takbir!

12 Mac 2009

Persahabatan Yang Baik

Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Se-sungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini.

Sesungguhnya suasana ukhu- wah atau semangat persaudaraan Ikhwanul Muslimin yang telah dinikmati oleh anggotanya adalah seumpama air dengan ikan. Sekira-nya ada di kalangan mereka yang menghadapi kesulitan, kelekaan, kelesuan, kealpaan atau mengikut pujukan syaitan tidak akan dibiarkan begitu sahaja supaya tidak hanyut dalam suasana sede-mikian yang terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan.

Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan.

Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya.

Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupa-kan pembantu dan bekalan sepanjang jalan.

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan ja-nganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan”.

Jelaslah, arahan ini bukan-lah ditujukan kepada individu se-mata-mata tetapi ditujukan khasnya kepada umum. Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-memandang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewa-siati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan.

Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya :
“Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”

Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahaba-tan yang itu dengan segala kebai-kan dan faedah yang lahir daripada nya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syari-atnya memelihara nilai-nilai persa-habatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpadu-an serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia).

Ingatlah pesan Rasu-lullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu sa-ling putus-memutus hubungan, sa-ling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad deng-ki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang ber paling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”.

Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan dan cara yang ada.

Oleh itu wahai saudaraku !

Carilah sahabat yang soleh, bersa-habatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.

“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.

salam ukhwah fillah

Tazkirah Untuk Remaja: Cinta

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

KITA sering mendengar istilah cinta. Malah, kita pun banyak kali bercinta. Cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yang dilihat dalam filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan.

Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yang diputar biarlah melalui frekuensi yang betul. Maknanya
“get the same channel.”

Gelombang yang betul baru dapat mendengar suara yang betul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yang “online” (berhubung langsung) antara sebut dan buat.

Apabila memperkatakan cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan. Cinta ialah memberi dan bukannya mendapat.

Cinta bukannya “apa yang saya dapat dari awak” tetapi cinta ialah “apa yang saya boleh lakukan untuk awak.” Jika mahu orang mencintai kita, kitalah mesti mencintai orang itu terlebih dulu.

Apa itu cinta? Cinta jika diperhatikan pada perkataan Inggeris “love” membawa makna “loyal to the principal” iaitu orang bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip.

Jika seorang pekerja yang cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta.

Cinta pada keluarga, tunai tanggungjawab pada keluarga. Orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.

“O” maknanya
“obey hot feeling” iaitu buat tanpa berbelah bahagi. Dalam Islam menganjurkan kepatuhan “kami dengar dan kami taat.” Taat bukan saja di akal tetapi di hati yang paling dalam.

“V” ialah
“victory”. Orang bercinta mesti memenangkan orang yang dicintai. Jika cinta pada negara, menangkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah.

Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yang mahal untuk jenama berkenaan.

Jika cinta pada Allah biarlah berorientasikan Allah. Maknanya utamakan Allah. Jika makan cari yang halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang-kadang kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama.

“E” ialah
“enlightment” iaitu sejajar. Jadi, jika orang bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa.

Kita bersama dengan yang dicintai, tidak boleh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak boleh dipisahkan antara air, gula dan kopi, sebab sudah sebati.

Begitu juga air yang masin. Air dan garam tidak boleh dipisahkan. Jadi, cinta pada Allah juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. Begitu juga cinta pada al-Quran, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.

Jika kita ingati, ketika Aisyah r.a ditanya orang mengenai perangai Rasulullah s.a.w, jawab Aisyah perangai Rasulullah ialah al-Quran. Maksudnya Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan.

Bilal bin Rabah apabila ditindih dengan batu besar atas dirinya, kalimah
“ahad-ahad” (esa) yang keluar daripada mulutnya ialah lambang cinta pada Allah.

SIRRU ALA BARAKATILLAH